Pemain senior, Chan Peng Soon yang turun bersama gandingan baharunya, Toh Ee Wei berhasil mencipta kemenangan sulung dalam saingan Korea Masters 2022, sebuah kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 300 BWF.
Kemenangan itu diraih dengan menumpaskan beregu campuran senegara yang juga julung kalinya bergandingan bersama iaitu Soong Joo Ven dan Goh Jin Wei pada peringkat Pusingan 32.
Dalam perlawanan tersebut, Peng Soon-Ee Wei mencetak kemenangan secara ‘straight set’ 21-11 dan 22-20 dalam tempoh masa 30 minit permainan.
2022 Gwangju YONEX Korea Masters
XD – Round of 32
🇲🇾Peng Soon CHAN🏅
21 22 🇲🇾Ee Wei TOH🏅
11 20 🇲🇾Joo Ven SOONG
🇲🇾Jin Wei GOH🕗 in 30 minutes
https://t.co/4Ta29Wp8KP— BWFScore (@BWFScore) April 12, 2022
Dengan kemenangan tersebut, Peng Soon-Ee Wei berhasil mara ke Pusingan 16 dan menantinya mereka di peringkat tersebut adalah beregu China, Zhen Si Wei dan Zhang Shu Xian yang berjaya mengalahkan beregu tuan rumah, sebentar tadi.
2022 Gwangju YONEX Korea Masters
XD – Round of 32
🇨🇳Si Wei ZHENG🏅
21 21 🇨🇳Shu Xian ZHANG🏅
6 15 🇰🇷Kyung Hoon PARK
🇰🇷Yu Jung KIM🕗 in 24 minutes
https://t.co/bJgRVe18tm— BWFScore (@BWFScore) April 12, 2022
Bercakap mengenai pemain muda, Jin Wei, ini bukanlah pertama kali dia beraksi dalam kategori beregu samada beregu wanita atau campuran.
Semasa zaman remajanya, Jin Wei pernah bergandingan bersama Thinaah Muralitharan, Lee Ying Ying, Pearly Tan dan Vlada Gingga (Moldova) dalam kategori beregu wanita. Manakala untuk beregu campuran pula, Jin Wei pernah membentuk gandingan bersama Tan Jinn Hwa dan Yap Roy King.
Sementara itu, Joo Ven pula pernah beraksi dalam kategori beregu lelaki dengan beberapa pemain seperti Soo Teck Zhi, Cheam June Wei, Nur Mohd Azriyn, Darren Isaac, Kim Gallichan dan Dede Ryan Philip semasa awal karier seniornya dan juga zaman remajanya.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia