Kehadiran semula perseorangan wanita bebas (independent) negara, Goh Jin Wei di saingan Terbuka Korea minggu lalu setelah ‘berehat’ hampir 10 bulan berhasil meningkat kedudukan ranking dunianya dengan mendadak.
Pemain berusia 22 tahun ini berjaya mara ke peringkat suku akhir sebelum disingkirkan oleh pemain tuan rumah, Kim Gaeun berhasil meletakkan dirinya di ranking ke-88 dunia seperti dikemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pada hari ini.
Untuk rekod, Jin Wei menghuni ranking ke-124 dunia pada minggu lalu.
Dia dijangka boleh meningkatkan lagi kedudukannya dengan syarat mara lebih jauh dalam kejohanan yang disertainya pada minggu ini, Korea Masters 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF.
Sementara itu, penurunan ranking dikesan melibatkan dua perseorangan wanita negara iaitu Kisona Selvaduray dan Eoon Qi Xuan. Kedua-duanya merekodkan penurunan satu dan dua anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-57 dan ke-131 dunia masing-masing.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia