Korea Masters: Joo Ven Lepasi Pusingan 32 Singkir Pemain Muda Singapura
April 12, 2022 Hafizuddin Omar

Perseorangan lelaki bebas (independent) negara, Soong Joo Ven tiada masalah untuk melangkah ke Pusingan 16 saingan Korea Masters 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF.

Kemaraan itu terhasil selepas Joo Ven berjaya menyingkirkan pemain muda dari negara sebarang tambak, Singapura, Jason Teh Jia Heng pada Pusingan 32, yang berlangsung sebentar tadi.

Dalam perlawanan terbabit, Joo Ven mengalahkan pemain berusia 21 tahun tersebut secara ‘straight set’ dengan skor 21-8 dan 21-18 dalam tempoh masa 46 minit permainan.

Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pemain ini di pentas antarabangsa.

Sementara itu, Joo Ven bakal berhadapan dengan pemain pilihan kelima kejohanan yang juga merupakan pemain tuan rumah, Heo Kwang-hee (ranking ke-30) di peringkat Pusingan 16.

Untuk pengetahuan semua, Joo Ven dan Kwang-hee merupakan pemain yang sebaya dengan usia 26 tahun masing-masing. Berdasarkan rekod, kedua-duanya pernah bertemu sebanyak sekali di pentas Terbuka Hyderabad 2018 dan ianya dimenangi oleh Joo Ven.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen