Korea Masters: Cheam June Wei Tumpas Di Tangan Sang Juara 2017
April 13, 2022 Hafizuddin Omar

Perjalanan perseorangan bebas (independent) negara, Cheam June Wei dalam saingan Korea Masters 2022 hanya di setakat peringkat Pusingan 32.

Ini disebabkan June Wei ditumpaskan oleh juara Korea Masters 2017, Jeon Hyeok-jin secara ‘straight set’ di Pusingan 32, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut, June Wei dikalahkan dengan skor 11-21 dan 11-21 dalam tempoh masa sekitar setengah jam permainan.

Untuk makluman semua, walaupun pernah merangkul kejuaraan di kejohanan ini, Jeon yang merupakan kelahiran Korea kini berada di ranking ke-995 dunia.

Melihatkan kepada rekod pertemuan, June Wei dan Jeon sudah pernah berentap sebanyak satu kali sebelum ini di pentas Cabaran Antarabangsa Osaka 2015 dan perlawanan itu turut berpihak kepada Jeon.

Sementara itu, Jeon yang mara ke Pusingan 16 akan menantikan cabaran daripada samada pemain senegaranya, Kim Donghun atau pemain China, Zhao Jun Peng yang merupakan pilihan ketujuh kejohanan.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen