Perjalanan perseorangan wanita bebas (independent) negara, Goh Jin Wei dalam saingan Korea Masters 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF – tamat di peringkat Pusingan 16 sahaja.
Ini selepas pemain berusia 22 tahun itu tumpas kepada pemain China yang menghuni ranking ke-17 dunia, Wang Zhiyi sebentar tadi.
Dalam perlawanan tersebut, Jin Wei yang berada di ranking ke-88 dunia tumpas selepas bertarung tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 22-20, 7-21 dan 12-21 dalam tempoh yang menghampiri satu jam permainan.
2022 Gwangju YONEX Korea Masters
WS – Round of 16
20 21 21 🇨🇳Zhi Yi WANG🏅
22 7 12 🇲🇾Jin Wei GOH🕗 in 56 minutes
https://t.co/vyqQ8KB1Et— BWFScore (@BWFScore) April 14, 2022
Untuk makluman semua, ini merupakan pertama kali pemain China yang bakal menginjak usia 22 tahun itu meraih kemenangan ke atas Jin Wei.
Dua pertemuan sebelum ini di peringkat akhir Sukan Olimpik Remaja 2018 dan separuh akhir Kejohanan Dunia Remaja 2018 dimenangi oleh Jin Wei.
Sementara itu, Zhiyi yang merekodkan kemenangan akan bertemu samada pemain Singapura, Yeo Jia Min (ranking ke-16) atau pemain tuan rumah, Kim Seong-min (ranking ke-350) pada peringkat suku akhir nanti.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia