Korea Masters: Joo Ven Mara Ke Suku Akhir, Singkir Pemain No.30 Dunia
April 14, 2022 Hafizuddin Omar

Perseorangan lelaki bebas (independent) negara, Soong Joo Ven meneruskan rentak kecemerlangannya dalam saingan Korea Masters 2022 dengan mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir.

Pemain berusia 26 tahun ini mara selepas menundukkan perseorangan tuan rumah, Heo Kwang-hee di peringkat Pusingan 16, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut, Joo Ven yang berada di posisi No.68 dunia berhasil merekodkan kemenangan secara ‘straight set’ dengan skor 21-11 dan 21-19 dalam tempoh 40 minit permainan.

Kemenangan ini juga membolehkan Joo Ven melebarkan rekod kemenangan ke atas Kwang-hee kepada dua kemenangan berturut-turut di pentas antarabangsa.

Sebelum ini, Joo Ven sudah pernah menumpaskan pemain yang sama di peringkat suku akhir dalam saingan Terbuka Hyderabad 2018.

Kesinambungan kepada kemenangan ke atas Kwanghee di Pusingan 16, Joo Ven yang mara ke peringkat suku akhir bakal berhadapan dengan perseorangan Israel, Misha Zilberman (ranking ke-49), esok.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen