Beregu campuran bebas (independent), Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai berhasil menempah tiket ke peringkat separuh akhir Korea Masters 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF, hari ini.
Pasangan yang menghuni ranking ke-13 dunia merangkap pilihan keempat kejohanan mengesahkan kemaraan tersebut selepas menumpaskan beregu Singapura di peringkat suku akhir, sebentar tadi.
Dalam pertarungan tersebut, Soon Huat-Shevon Lai menumpaskan gandingan Terry Hee Yong Kai dan Tan Wei Han yang berada di ranking ke-60 dunia itu secara ‘straight set’.
2022 Gwangju YONEX Korea Masters
XD – Quarter final
🇲🇾Soon Huat GOH🏅
21 21 🇲🇾Shevon Jemie LAI🏅
16 11 🇸🇬Yong Kai Terry HEE
🇸🇬Wei Han TAN🕗 in 33 minutes
https://t.co/TeYRjiwBhj— BWFScore (@BWFScore) April 15, 2022
Perlawanan itu berakhir dengan skor 21-16 dan 21-11 dalam tempoh masa sekitar setengah jam sahaja.
Kemenangan ini juga menjadikan Soon Huat-Shevon Lai melebarkan rekod kemenangan kepada dua kali berturut-turut selepas menumpaskan lawan yang sama dalam saingan Far East Malaysia Masters 2017.
Sementara itu, Soon Huat-Shevon Lai selaku pemenang bakal berhadapan samada beregu China, Ou Xuanyi-Huang Yaqiong (ranking ke-162) atau beregu Korea, Kang Min-hyuk dan Baek Ha-na (ranking ke-410) di peringkat separuh akhir yang dijadualkan esok.
Featured Image: Instagram Shevon Jemie Lai