Perseorangan bebas (independent) negara, Soong Joo Ven mencipta rekod mara ke pentas separuh akhir kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 300 BWF buat pertama kali dalam kariernya.
Joo Ven yang menghuni ranking ke-68 dunia mara selepas menyingkirkan pemain Israel, Misha Zilberman di peringkat suku akhir, sebentar tadi.
Dalam perlawanan tersebut, pemain negara berusia 26 tahun ini berhasil menumpaskan pemain di ranking ke-49 dunia itu secara ‘straight set’ dengan skor 23-21 dan 21-18 dalam tempoh masa 47 minit.
2022 Gwangju YONEX Korea Masters
MS – Quarter final
23 21 🇲🇾Joo Ven SOONG🏅
21 18 🇮🇱Misha ZILBERMAN🕗 in 47 minutes
https://t.co/tqnYpZzCcJ— BWFScore (@BWFScore) April 15, 2022
Untuk rekod, ini merupakan pertarungan sulung menemukan kedua-dua pemain di pentas kejohanan antarabangsa.
Sementara itu, Joo Ven selaku pemenang akan turun menentang pemain Jepun, Kodai Naraoka (ranking ke-47) di peringkat separuh akhir, esok.
Pemain muda Jepun berusia 20 tahun ini mara selepas menumpaskan pemain Perancis, Lucas Claerbout (ranking ke-63) di pusingan suku akhir, sebentar tadi.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia