Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen dalam saingan elit asia, Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022 dengan langkah kanan.
Skuad bimbingan Benjamin Mora berhasil merekodkan kemenangan dengan ‘membelasah’ wakil Liga Super China, Guangzhou FC yang majoritinya dibarisi oleh pemain-pemain berusia 22 tahun dan ke bawah.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu tadi berkesudahan dengan keputusan 5-0.
FT | 🇲🇾 Johor Darul Ta'zim 5-0 Guangzhou FC 🇨🇳
🐯 The Southern Tigers pick up a comprehensive victory with a five 🌟 display headlined by Bergson's ⚽⚽⚽
#ACL2022 | #JDTvGUA pic.twitter.com/D7C5KY7Hnn— #ACL (@TheAFCCL) April 15, 2022
Jaringan skuad Harimau Selatan itu disumbangkan oleh Bergson da Silva (minit ke-10, ke-28, ke-51), jaringan sendiri oleh penjaga gol lawan, He Lipan (ke-13) dan Ramadhan Saifullah (ke-80).
Bukan sahaja berjaya merekodkan kemenangan dengan bergaya, berdasarkan statistik perlawanan, JDT turut mendominasi hampir keseluruhan aspek seperti jumlah percubaan, percubaan tepat dan penguasaan bola.
Disamping itu, kemenangan ini membolehkan JDT mengutip tiga mata penuh sekaligus menduduki tangga teratas dalam Kumpulan I.
Sementara itu, Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai menghuni tangga kedua dan ketiga masing-masing selepas perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan berakhir dengan keputusan seri, petang tadi.
Untuk perlawanan seterusnya, JDT dijadualkan menentang wakil Liga Korea, Ulsan Hyundai pada 18 April (Isnin).
Featured Image: JOHOR Southern Tigers