Tiada pentas akhir buat pasangan beregu campuran bebas (independent) negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai dalam kejohanan Korea Masters 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF.
Ini kerana kemaraan mereka disekat oleh gandingan beregu campuran China yang menghuni ranking ke-162 dunia, Ou Xuan Yi dan Huang Ya Qiong di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.
Dalam perlawanan tersebut, Soon Huat-Shevon Lai tumpas secara ‘straight set’ dengan skor 11-21 dan 15-21 dalam tempoh masa sekitar setengah jam permainan.
2022 Gwangju YONEX Korea Masters
XD – Semi final
🇨🇳Xuan Yi OU🏅
21 21 🇨🇳Ya Qiong HUANG🏅
11 15 🇲🇾Soon Huat GOH
🇲🇾Shevon Jemie LAI🕗 in 33 minutes
https://t.co/adGuRPBVVR— BWFScore (@BWFScore) April 16, 2022
Untuk makluman semua, Ya Qiong membentuk gandingan baharu bersama Xuan Yi bermula sekitar pertengahan Mac, tahun ini.
Sebelum ini, Ya Qiong membentuk gandingan bersama Zheng Si Wei dan gandingan ini pernah menghuni ranking No.1 dunia serta memenangi pelbagai gelaran termasuk pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Sementara itu, di pentas akhir yang dijadualkan berlangsung esok, Xuan Yi dan Ya Qiong akan membuat perhitungan dengan beregu senegaranya, Wang Yi Lyu dan Huang Dong Ping untuk merebut gelaran sebagai juara Korea Masters 2022 dalam kategori beregu campuran.
Featured Image: Victor Sports Official Instagram
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!