Artikel

Minyak Masak Alif Diperkenalkan Sebagai Penaja Liga Malaysia

Salah sebuah jenama minyak masak utama di Malaysia, Alif diperkenalkan sebagai penaja terbaru buat liga bola sepak tempatan, Liga Malaysia.

Sesi pengenalan itu dilakukan dalam satu majlis memperkenalkan penaja antara Sime Darby Oils (SDO) dan Malaysian Football League (MFL) yang diadakan di Sime Darby Plantation Tower, Ara Damansara, pada hari ini.

Hasil penajaan ini, minyak masak Alif turut diangkat sebagai Minyak Masak Rasmi Pertama Liga Malaysia. Bagaimanapun, jumlah penajaan oleh SDO kepada MFL ini tidak didedahkan kepada umum.

Selain itu, dengan penajaan ini, SDO turut merancang beberapa program dan aktiviti bercorak gaya hidup yang akan dilaksanakan di stadium dan juga pusat membeli-belah terpilih dengan kerjasama rakan-rakan niaga.

Ini termasuklah aktiviti-aktiviti bersama personaliti bola sepak terkenal dan para peminat mereka di setiap negeri di seluruh negara.

Sebagai rekod, tahun ini menyaksikan pengendali liga tempatan iaitu MFL telah menerima kemasukan penajaan baharu antaranya Luno (platform jual beli kriptowang), Duopharma Biotech (ubat sakit kepala & minuman isotonik) dan Pos Malaysia.

komen