Pelumba muda negara, Syarifuddin Azman mendapat peluang untuk beraksi dalam dua perlumbaan Kejuaraan Dunia Moto3 musim ini yang akan berlangsung di Portugal dan Sepanyol.
Pelumba berusia 20 tahun yang turut dikenali sebagai Damok ini mendapat peluang berkenaan setelah diberikan kepercayaan oleh Rivacold Sniper Team menerusi tiket ‘wild card’.
Penyenaraian Damok oleh pasukan berkenaan adalah untuk menggantikan pelumba mereka, Alberto Surra yang terpaksa diketepikan ekoran mengalami kecederaan.
Syarifuddin Azman Malaysian rider of the FIM #CEV talent cup will replace our Alberto Surra for the #Portimão and #Jerez GPs.
Welcome to the #Snipers ☺️ family!!#Motogp #albertosurra #SnipersTeam #PortugueseGP pic.twitter.com/6GfrmD8HQ6— Snipers Team (@SnipersRacing) April 19, 2022
Untuk makluman semua, kedua-dua perlumbaan GP Portugal dan GP Sepanyol yang akan diharungi oleh Damok itu dijadualkan berlangsung pada 22-24 April serta 29 April-1 Mei masing-masing.
Sebagai tambahan, Damok sudah mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan Moto3 pada perlumbaan GP Aragon pada musim lalu. Ketika itu, khidmatnya diambil oleh Petronas Sprinta Racing Team untuk menggantikan John McPhee yang dinaikkan ke saingan Moto2.
Semasa melakukan debut dalam saingan itu, Damok berjaya menamatkan perlumbaan tersebut di kedudukan ke-13 sekaligus meraih tiga mata berharga.
Featured Image: Instagram Syarifuddin Azman