Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United mengumumkan secara rasmi perlantikan Erik Ten Hag sebagai pengurus baharu mereka yang akan memulakan tugas pada penghujung musim ini sehingga Jun 2025, semalam.
Ketika ini pengurus kelahiran Belanda itu masih mempunyai kontrak bersama pasukannya yang beraksi dalam kancah Eredivisie, Ajax Amsterdam. Dia akan menamatkan tugasnya hujung musim ini bersama kelab terbabit sebelum ke United Kingdom untuk menggantikan Ralf Ragnick.
Ajax sememangnya cukup dikenali sebagai sebuah kelab yang sering mempertaruhkan pemain-pemain muda namun tetap berupaya untuk mendominasi saingan Liga Belanda. Sejak dikemudi oleh Erik bermula penghujung 2017, Ajax telah menjuarai saingan Eredivisie sebanyak tiga kali berturut-turut bermula musim 2018-19, 2019-20 dan 2020-21.
🇳🇱👔
The new First-Team Manager of Manchester United: Erik ten Hag.#MUFC || #WelcomeErik
— Manchester United (@ManUtd) April 21, 2022
Saingan musim ini yang berbaki lima lagi perlawanan juga menampakkan Ajax tiada masalah untuk mengulangi kejuaraan tersebut. Ketika ini, mereka mendahului kedudukan Eredivisie menerusi 72 mata daripada 29 perlawanan. Mereka dihambat oleh PSV yang memiliki 68 mata di tangga kedua.
Namun begitu, nama Erik mula meraih tumpuan peminat bola sepak dunia apabila dia membuat kejuta membawa Ajax mara ke pentas separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL) 2018-19 – kemaraan yang pertama sejak tahun 1997 dengan menumpaskan Juventus di peringkat suku akhir.
Selain itu, perjalanan ke separuh akhir itu turut dihiasi dengan merekodkan kemenangan ke atas juara bertahan, Real Madrid di peringkat Pusingan 16, seri dalam kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan menentang Bayern Munich dan merekodkan satu kemenangan menentang Benfica.
Pada perlawanan separuh akhir, mereka turut berhasil merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspur di London pada perlawanan pertama. Bagaimanapun, di halaman sendiri pada perlawanan timbal balik, Erik dan anak-anak buahnya terpaksa akur tidak dapat mara ke perlawanan akhir setelah tumpas 2-3 yang membolehkan Spurs mara dengan agregat 3-3 berdasarkan kelebihan jaringan di tempat lawan.
Lebih mengujakan, kemaraan tersebut dicapai dengan menggunakan kudrat pemain-pemain muda diadunkan dengan beberapa pemain senior berpengalaman. Di sini, kami membawakan anda untuk menjejaki kembali keberadaan sebahagian besar pemain-pemain kesebelasan utama tersebut tersebut pada saat ini:
Penjaga Gol: Andre Onana
Negara: Cameroon
Umur Ketika Itu: 22 Tahun
Umur Sekarang: 26 Tahun
Kelab Terkini: Ajax
Pertahanan: Joel Veltman
Negara: Belanda
Umur Ketika Itu: 26 Tahun
Umur Sekarang: 30 Tahun
Kelab Terkini: Brighton and Hove Albion
Pertahanan: Daley Blind
Negara: Belanda
Umur Ketika Itu: 28 Tahun
Umur Sekarang: 32 Tahun
Kelab Terkini: Ajax
Pertahanan: Matthijs de Ligt
Negara: Belanda
Umur Ketika Itu: 19 tahun
Umur Sekarang: 22 Tahun
Kelab Terkini: Juventus
Pertahanan: Nicolas Tagliafico
Negara: Argentina
Umur Ketika Itu: 25 Tahun
Umur Sekarang: 29 Tahun
Kelab Terkini: Ajax
Pertahanan: Noussair Mazraoui
Negara: Morocco
Umur Ketika Itu: 20 Tahun
Umur Sekarang: 24 Tahun
Kelab Terkini: Ajax
Pemain Tengah: Frenkie de Jong
Negara: Belanda
Umur Ketika Itu: 21 Tahun
Umur Sekarang: 24 Tahun
Kelab Terkini: Barcelona
Pemain Tengah: Lasse Schone
Negara: Denmark
Umur Ketika Itu: 32 Tahun
Umur Sekarang: 35 Tahun
Kelab Terkini: NEC Nijmegen
Pemain Tengah: Donny van de Beek
Negara: Belanda
Umur Ketika Itu: 21 Tahun
Umur Sekarang: 25 Tahun
Kelab Terkini: Everton (dipinjamkan oleh Manchester United)
Pemain Sayap: David Neres
Negara: Brazil
Umur Ketika Itu: 21 Tahun
Umur Sekarang: 25 Tahun
Kelab Terkini: Shakhtar Donetsk
Pemain Tengah Menyerang: Dusan Tadic
Negara: Serbia
Umur Ketika Itu: 29 Tahun
Umur Sekarang: 33 Tahun
Kelab Terkini: Ajax
Pemain Sayap: Hakim Ziyech
Negara: Morocco
Umur Ketika Itu: 25 Tahun
Umur Sekarang: 29 Tahun
Kelab Terkini: Chelsea
Penyerang: Klaas-Jan Huntelaar
Negara: Belanda
Umur Ketika Itu: 34 Tahun
Umur Sekarang: 38 Tahun
Kelab Terkini: Bersara
Penyerang: Kasper Dolberg
Negara: Denmark
Umur Ketika Itu: 20 Tahun
Umur Sekarang: 24 Tahun
Kelab Terkini: OGC Nice
Featured Image: AFC Ajax