Pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou merangkap pemenang pingat emas Paralimpik 2020 berhasil merangkul kejuaraan sulungnya pada tahun ini.
Kejuaraan tersebut dirangkul Liek Hou selepas menundukkan pemain Perancis, Meril Loquette pada perlawanan akhir dalam kategori SU5 di kejohanan Brazil Para Badminton International 2022, semalam.
Dalam perlawanan tersebut, Liek Hou yang dibimbing oleh bekas jaguh badminton negara, Datuk Rashid Sidek mencetak kemenangan secara ‘straight set’ dengan skor 21-17 dan 21-17.
Untuk makluman semua, pemain lawan itu menduduki ranking ke-7 manakala Liek Hou pula menghuni tangga kedua dunia bagi kategori SU5.
Sebagai tambahan, ini merupakan kejuaraan kelapan berturut-turut buat Liek Hou. Pemain berusia 34 tahun ini konsisten merangkul kejuaraan sejak daripada menyertai kejohanan Denmark Para Badminton 2019.
Featured Image: Facebook Ti Lian Ker