Artikel

BAC 2022: Tan Zhing Yi Lepas Pusingan Kelayakan – Bakal Menentang Pemain Taiwan Pada Pusingan 32

Pemain muda, Tan Zhing Yi menjadi pemain negara terawal yang melepasi pusingan kelayakan dan mengesahkan kemaraan ke Pusingan 32 dalam saingan Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022, pada hari ini. 

Pemain yang menghuni ranking ke-1527 itu mengesahkan kemaraan tersebut dengan mengalahkan pemain Jordan, Domou Amro yang berada di ranking ke-530 dunia dalam saingan Kumpulan A.

Dalam perlawanan tersebut, Zhing Yi berhasil menumpaskan pemain tersebut ‘straight set’ dengan skor 21-8 dan 21-15 dalam tempoh masa tidak sampai setengah jam iaitu 22 minit permainan.

Zhing Yi hanya perlu beraksi satu perlawanan sahaja kerana seorang lagi pemain iaitu Yeung Sum Yee dari Hong Kong telah mendapat promosi secara automatik ke Pusingan 32 bagi menggantikan pemain yang menarik diri.

Sementara itu, Zhing Yi yang berjaya mara ke Pusingan 32 bakal bertemu pemain Taiwan, Hsu Wen-chi yang berada di ranking ke-75 dunia, esok.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen