Pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei menjadi wakil negara pertama yang mengesahkan kemaraan ke Pusingan 16 dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022.
Pasangan yang menghuni ranking ke-30 dunia itu mara selepas berjaya menundukkan beregu Filipina, Solomon Jr. Padiz dan Eleanor Christine Inlayo secara ‘straight set’ pada Pusingan 32 yang berlangsung, sebentar tadi.
RESULTS: #BAC2022
R32#MAS🇲🇾 Chen Tang Jie-Peck Yen Wei def. #PHI🇵🇭 Solomon Padiz-Eleanor Inlayo 21-10 21-16
📷 @myallsports_com #DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/3IZEQKCS1s
— BAM (@BA_Malaysia) April 26, 2022
Dalam perlawanan tersebut, Tang Jie dan Yen Wei berhasil merekodkan kemenangan dengan skor 21-10 dan 21-16 dalam tempoh masa tidak sampai setengah jam iaitu 27 minit.
Dengan kemenangan ini, Tang Jie dan Yen Wei bakal berhadapan samada beregu Thailand, Ruttanapak Oupthong dan Chasinee Korepap (ranking 398) atau beregu China, Wang Yi Lyu dan Huang Dong Ping (ranking 4) merangkap pilihan ketiga kejohanan ini.
Featured Image: Swiss Open
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!