Artikel

BAC 2022: Mei Xing-Anna Cheong Berhadapan Beregu No.1 Dunia Di Pusingan 16

Pasangan beregu wanita negara, Teoh Mei Xing dan Anna Cheong berhasil menempah tiket ke Pusingan 16 dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022.

Kemaraan pasangan yang menghuni ranking ke-65 itu terhasil selepas berjaya menumpaskan beregu India, Ashwini Bhat dan Shikha Gautam pada Pusingan 32, sebentar tadi. 

Dalam perlawanan tersebut, Mei Xing-Anna Cheong merakamkan kemenangan ke atas beregu ranking ke-66 itu secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-19 dan 21-12 dalam tempoh masa 33 minit permainan.

Sementara itu, dengan kemenangan ini, Mei Xing-Anna Cheong bakal berhadapan cabaran yang besar. Mereka bakal berentap menentang beregu No.1 dunia dari China, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan di Pusingan 16. 

Beregu dari China itu mara selepas menumpaskan beregu yang menjuarai saingan Terbuka Korea 2022, Jeong Na-eun dan Kim Hye-jong (ranking ke-33).

Featured Image: Badminton Asia

komen