Perseorangan lelaki, Aidil Sholeh yang berada di ranking ke-113 dunia tidak dapat mengatasi kehebatan pemain No.15 dunia, Wang Tzu Wei di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022.
Disebabkan itu, pemain negara berusia 22 tahun itu tidak dapat terkandas di Pusingan 32 sekaligus tidak dapat meneruskan kemaraan ke Pusingan 16.
Dalam perlawanan tersebut, Aidil tumpas kepada pemain Taiwan yang berusia 27 tahun itu menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 14-21, 21-9 dan 18-21 dalam tempoh masa menghampiri satu jam.
RESULTS: #BAC2022
R32#TPE Wang Tzu Wei def. #MAS🇲🇾 Aidil Sholeh 21-14 9-21 21-18
📷 @myallsports_com #DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/a5C8dWN89T
— BAM (@BA_Malaysia) April 27, 2022
Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pemain di kejohanan antarabangsa.
Sementara itu, di peringkat Pusingan 16 kelak, Tzu Wei akan bertemu pemain China, Li Shi Feng yang berada di ranking ke-64 dunia.
Shi Feng mara dengan melakar kejutan menyingkirkan naib juara All England 2022, Lakshya Sen, sebentar tadi.
Featured Image: Badminton Asia