Perseorangan wanita negara, Kisona Selvaduray berhasil mencipta kemaraan ke Pusingan 16 dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 selepas menundukkan pemain Hong Kong di Pusingan 32, sebentar tadi.
Pemain berusia 23 tahun itu berjaya menundukkan Yeung Sum Yee yang berada di ranking 165 dunia secara ‘straight set’ dengan skor 21-10 dan 22-20 dalam tempoh 39 minit permainan.
RESULTS: #BAC2022
R32#MAS🇲🇾 S Kisona def. #HKG🇭🇰 Yeung Sum Yee 21-10 22-20
📷 @myallsports_com #DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/F8wlT0wygk
— BAM (@BA_Malaysia) April 27, 2022
Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pemain di pentas antarabangsa.
Sementara itu, dengan kemaraan ini, menanti Kisona di Pusingan 16 adalah pemain perseorangan wanita No.2 China, He Bing Jiao merangkap pilihan kelima untuk memenangi kejohanan ini.
Berdasarkan rekod, Kisona pernah menentang pemain yang menduduki tangga kesembilan dunia ini sebanyak satu kali sekitar lapan tahun yang lalu semasa zaman remaja. Dalam perlawanan tersebut, kemenangan berpihak kepada Bing Jiao.
Featured Image: Badminton Asia