BAC 2022: Beregu Campuran China No.4 Dunia Singkir Tang Jie-Yen Wei
April 28, 2022 Hafizuddin Omar

Perjalanan beregu campuran di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei dalam Kejohanan Badminton Dunia (BAC) 2022 berakhir di peringkat Pusingan 16.

Ini selepas pasangan yang berada di ranking ke-30 dunia ini terpaksa akur dengan kehebatan pihak lawan yang dihadapi sebentar tadi, Wang Yi Lyu dan Huang Dong Ping – beregu campuran No.4 dunia dari China.

Dalam perlawanan tersebut, Tang Jie-Yen Wei tumpas secara ‘straight set’ menerusi pungutan mata 9-21 dan 19-21 dalam tempoh permainan yang memakan masa tidak sampai setengah jam.

Untuk rekod, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan di pentas kejohanan antarabangsa.

Sementara itu, Yi Lyu-Dong Ping bakal berentap samada beregu Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari (ranking ke-20) atau beregu Maldives, Hussein Zayan Shaheed-Fathimaath Nabaaha  (ranking ke-174) di peringkat suku akhir kelak.

Featured Image: Swiss Open

Komen