Artikel

BAC 2022: Sze Fei-Nur Izzuddin Berkemungkinan Menentang ‘The Daddies’ Di Suku Akhir

Gandingan beregu lelaki, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin tidak mempunyai masalah untuk melepasi cabaran di Pusingan 16 Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022, sebentar tadi. 

Pasangan yang menghuni ranking ke-16 dunia merangkap pilihan kelapan kejohanan ini berjaya melepasinya dengan menumpaskan beregu Korea, Kang Min-hyuk dan Kim Wonho. 

Dalam perlawanan tersebut, Sze Fei-Izzuddin menumpaskan mereka secara ‘straight set’ dengan skor 21-17 dan 21-17 dalam tempoh masa 33 minit permainan.

Dengan kemenangan ini, Sze Fei-Izzuddin menjadi beregu lelaki negara yang pertama meloloskan diri ke saingan suku akhir. 

Di peringkat tersebut, Sze Fei-Izzuddin akan bertemu samada beregu No.2 dunia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan yang terkenal dengan julukan ‘The Daddies’ atau beregu China, Ren Xiang Yu-Tan Qiang yang berada di ranking ke-340.

Berdasarkan rujukan di laman BWF, Sze Fei-Nur Izzuddin belum pernah berentap menentang kedua-dua pasangan ini dalam mana-mana kejohanan antarabangsa. 

Featured Image: Badminton Asia – Jerry Lee & Emman Flavier

komen