BAC 2022: Gandingan Juara Terbuka Jerman Tempah Tiket Separuh Akhir
April 29, 2022 Hafizuddin Omar

Beregu lelaki negara yang menjuarai saingan Terbuka Jerman, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin tiada masalah untuk menempah tiket ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022.

Pasangan yang menghuni ranking ke-16 itu mara selepas menundukkan gandingan baharu beregu lelaki dari China, Ren Xiang Yu dan Tan Qiang (ranking ke-340) di peringkat suku akhir, sebentar tadi.

Sze Fei-Izzuddin yang merupakan pilihan kelapan kejohanan memenangi perlawanan tersebut secara ‘straight set’ dengan skor 21-19 dan 21-14 dalam tempoh masa 33 minit.

Dengan kemenangan ini, Sze Fei-Izzuddin akan menantikan cabaran samada beregu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty (ranking ke-7 dunia) atau beregu senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (ranking ke-9 dunia).

Perlawanan antara kedua-dua beregu akan berlangsung pada malam ini.

Featured Image: Badminton Asia – Jerry Lee & Emman Flavier

Komen