Perseorangan badminton No.1 Malaysia, Lee Zii Jia berhasil meneruskan kemaraan ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 selepas 36 minit bertarung menentang pemain Jepun.
Kemaraan itu disahkan dengan menumpaskan Kanta Tsuneyama yang menduduki ranking ke-14 dunia di peringkat suku akhir, sebentar tadi.
RESULTS: #BAC2022
QF#MAS🇲🇾 Lee Zii Jia(3) def. #JPN🇯🇵 Kanta Tsuneyama(8) 21-13 21-11
📷 @badmintonphoto #DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/3Aldke9VDx
— BAM (@BA_Malaysia) April 29, 2022
Dalam perlawanan tersebut, Zii Jia menewaskan Kanta secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-13 dan 21-11.
Kemenangan ini menjadikan Zii Jia melebarkan rekod kemenangan ke atas Kanta kepada dua kemenangan berturut-turut. Kemenangan pertama direkodkan Zii Jia adalah dalam Kejohanan Badminton Asia Berpasukan (BATC) 2022.
Sementara itu, Zii yang mara ke peringkat separuh akhir akan membuat perhitungan bertemu samada pemain China, Weng Hong Yang yang menghuni ranking ke-82 dunia atau perseorangan No.1 Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting sebelum dapat menjejakkan kaki ke perlawanan akhir.
Featured Image: Badminton Asia