Satu jaringan sendiri oleh pemain Ulsan Hyundai pada masa kecederaan membolehkan Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke saingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC (ACL) buat pertama kali dalam sejarah.
Gol jaringan sendiri itu dijaringkan oleh pertahanan, Park Jong-woo pada minit ke-90+4 sekaligus membolehkan skuad kendalian Benjamin Mora ini merekodkan kemenangan 2-1.
FT | 🇲🇾 Johor Darul Ta'zim 2-1 Ulsan Hyundai 🇰🇷
🎭 Late, late drama at the Sultan Ibrahim Stadium as a stoppage time own goal helps JDT book a historic #ACL Round of 16 berth!
#ACL2022 | #JDTvUHD pic.twitter.com/VF0HcDHxeQ— #ACL (@TheAFCCL) April 30, 2022
Sebelum itu, JDT terlebih dahulu mendahului seawal minit ke-5 menerusi sepakan percuma oleh Leandro Velazquez. Namun, Ulsan berhasil menyamakan kedudukan menerusi Jun Amano, seminit kemudian.
Untuk makluman semua, kemenangan yang diraih oleh JDT ini menjadikan mereka mendahului Kumpulan I dengan 13 mata secara keseluruhan. Ianya membolehkan mereka mara ke saingan kalah mati secara automatik selaku juara kumpulan.
Tangga kedua pula dihuni oleh Kawasaki Frontale yang berhasil mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Guangzhou FC petang tadi. Secara keseluruhan mereka mengumpul 11 mata. Ulsan pula di tangga ketiga dengan 10 mata.
Featured Image: Johor Southern Tigers