Artikel

BAC 2022: Beregu No.5 Indonesia Kecewakan Aaron-Wooi Yik Di Final

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kempunan untuk meraih kejuaraan pertama pada tahun ini apabila dikejutkan oleh pasangan No.5 Indonesia di pentas final Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022. 

Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking kesembilan dunia terpaksa akur tumpas kepada Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Rambitan yang berada di ranking jauh lebih rendah iaitu ke-22 dunia, sebentar tadi. 

Bertambah memilukan, dalam perlawanan tersebut, Aaron-Wooi Yik yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 tumpas secara ‘straight set’ dengan skor  21-23 dan 21-10.

Untuk rekod, ini merupakan pertarungan pertama melibatkan kedua-dua pasangan di pentas kejohanan antarabangsa.

Sebagai tambahan, pasangan Pramudya-Yeremia ini berusia 21 dan 22 tahun masing. Di Indonesia, mereka berada di belakang beregu ‘The Minions’ (No.1 dunia), ‘The Daddies’ (No.2 dunia), Fajar Alfian-Rian Ardianto (No.8 dunia), Shohibul Fikri-Bagas Maulana (No.20 dunia).

Dengan kemenangan di BAC 2022 yang diletakkan setaraf dengan kejohanan Super 1000 ini, beregu muda Indonesia ini akan membawa pulang 12,000 mata sementara Aaron-Wooi Yik mendapat 10,200 mata.

Featured Image: Badminton Asia

komen