Artikel

Gelaran Raja Badminton Asia 2022 Jadi Milik Lee Zii Jia

Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia merangkul gelaran ‘Raja’ badminton benua asia selepas berhasil menumpaskan  Jonatan Christie di pentas akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022.

Lebih manis, Zii Jia yang merupakan pemain bebas (independent) di ranking ketujuh dunia mencipta kemenangan tersebut dengan menumpaskan pemain Indonesia itu secara ‘straight set’.

Dalam perlawanan tersebut, Zii Jia mengatasi pemain di ranking kelapan dunia itu dengan skor 21-17 pada set pertama. Di set kedua, perlawanan berlangsung dengan lebih sengit namun Zii Jia berhasil menamatkannya dengan keputusan 23-21.

Pada masa yang sama, kemenangan ini turut menjadikan Zii Jia memperbaiki rekod pertemuannya menentang Jonatan menjadi dua kemenangan daripada enam pertemuan secara keseluruhan.

Dengan kemenangan ini, Zii Jia berhasil membawa pulang 12,000 mata memandangkan kejohanan ini telah diangkat menjadi kejohanan yang setaraf saingan Super 1000.

Dijangka kedudukan ranking Zii Jia akan berubah dalam kemaskini yang berikutnya pada Selasa nanti.

Sebagai tambahan, kali terakhir perseorangan lelaki Malaysia memenangi kejohanan ini ialah Datuk Lee Chong Wei pada tahun 2016.

Featured Image: Badminton Asia

komen