Artikel

Sukan SEA: GK Liga Super Rahadiazli Tidak Didaftarkan Dalam Senarai Akhir 20 Pemain

Ketua jurulatih skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23), Brad Maloney mengumumkan senarai akhir 20 pemain yang didaftarkan untuk mengharungi saingan Sukan SEA Ke-31 yang berlangsung di Vietnam.

Menerusi siaran media yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi, empat daripada 24 pemain yang diterbangkan ke sana disisihkan dan diletakkan dalam Senarai Bersedia.

Satu kejutan yang dibuat oleh jurulatih kelahiran Australia itu adalah menyisihkan penjaga gol tinggi lampai yang beraksi dalam saingan Liga Super bersama Terengganu FC iaitu Rahadiazli Rahalim.

Sementara itu, tiga pemain lain yang turut diletakkan dalam senarai tersebut adalah Muhammad Fahmi Daniel (Selangor 2), Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan dan Muhamad Shafi Azswad Sapari (Johor Darul Ta’zim II).

Manakal 20 pemain yang mengisi senarai akhir skuad Brad Maloney adalah seperti berikut:

Untuk makluman semua, Malaysia akan membuka kempen temasya Sukan SEA dengan bertemu skuad Thailand B-23 kendalian Alexandre ‘Mano’ Polking pada hari esok dengan sepak mula dijadualkan pada jam 8 malam (waktu Malaysia).

Featured Image: Terengganu FC

komen