Artikel

Majlis Olimpik Asia Umum Tunda Sukan Asia Ekoran Situasi Covid-19 Di China

Sukan Asia Ke-19 yang akan berlangsung di Hangzhou, China bermula 19 hingga 25 September kelak diumumkan ditunda dan tarikh baharu temasya berkenaan akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

Punundaan tersebut diumumkan menerusi satu kenyataan media sebentar tadi selepas Majlis Olimpik China (COC), Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Hangzhou (HAGOC) dan Ahli Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Asia (OCA) mengadakan perbincangan terperinci pada hari ini.

Dimaklumkan, tuan rumah sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menganjurkan temasya sukan berkenaan namun keputusan ini dilakukan oleh pemegang taruh selepas mengambil kira situasi pandemik semasa Covid-19 di negara berkenaan.

Tambah kenyataan itu lagi, nama dan logo Sukan Asia Ke-19 ini akan kekal seperti sedia ada walaupun temasya ini mempunyai kemungkinan untuk diadakan pada tahun hadapan.

Featured Image: 19th Asian Games Hangzhou 2022

komen