Skuad Harimau Muda bimbingan Brad Maloney memulakan kempen temasya Sukan SEA 2021 peringkat Kumpulan B dengan mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Thailand B-23.
Dalam perlawanan tersebut, Thailand yang dikendalikan oleh Alexandre ‘Mano’ Polking terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-33 menerusi penyeranganya, Patrik Gustavsson.
Namun begitu, ketika mereka mendahului 1-0 di babak pertama, pertahanannya, Jonatan Khemdee dilayangkan kad merah pada minit ke-40 oleh pengadil perlawanan ekoran menarik pemain negara ketika sedang menyerang. Ia menyebabkan Thailand terpaksa beraksi dengan 10 pemain.
Keputusan Masa Penuh
Sukan SEA 2021 | Sabtu, 7 Mei 2022
THAILAND 🇹🇭 1-2 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ Patrik Gustavsson 33'
⚽️ Danial Asri 61' Nur Azfar Fikri Azhar 90'+4#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021 pic.twitter.com/AmsDwRABha— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 7, 2022
Bersambung di babak kedua, Malaysia berhasil mengambil peluang menyamakan kedudukan menerusi satu ‘tap in’ oleh Danial Asri pada minit ke-61. Jaringan itu dihasilkan oleh Danial setelah menerima satu ‘assist’ oleh pemain tengah merangkap kapten pasukan, Mukhairi Ajmal dari sebalah kanan.
Selepas daripada itu, Malaysia menggandakan asakan untuk mencari gol kemenangan namun ianya tidak berkunjung tiba sehinggalah pemain gantian, Azfar Fikri menolak masuk bola ke dalam gol pada masa kecederaan sekaligus menjadikan kedudukan 2-1.
Sejurus jaringan itu, pengadil perlawanan meniup wisel menamatkan perlawanan sekaligus memberikan Malaysia kemenangan serta tiga mata pertama untuk saingan Sukan SEA pada kali ini.
Featured Image: Changsuek