Juara Liga Thai 2 Sedang Berunding Untuk Dapatkan Daniel Sturridge
May 9, 2022 Hafizuddin Omar

Kelab yang menjuarai saingan Liga Thailand 2 musim 2021/22 iaitu Lamphun Warriors FC telah memulakan rundingan untuk mendapatkan khidmat bekas penyerang Liverpool, Daniel Sturridge.

Menurut laporan media berpangkalan di negara tersebut, Buaksib, kelab tersebut menawarkan gaji sebesar tujuh angka sebulan bagi menarik pemain berusia 32 tahun itu untuk memperkuatkan Lamphun Warriors yang akan beraksi di Liga Thai 1, musim hadapan.

Ketika ini, Sturridge yang juga merupakan bekas penyerang skuad kebangsaan England tidak terikat dengan mana-mana kelab dan menjadi ejen bebas. Ini selepas dia menamatkan kontrak bersama kelab berpangkalan di Australia, Perth Glory.

Laporan itu turut memaklumkan seorang ejen telah menghantar profil pemain kepada kelab tersebut serta berbincang mengenai usaha untuk membawanya ke saingan Liga Thai.

Sebelum itu, kelab yang sama turut mengesahkan melanjutkan kontrak bekas rakan sepasukannya di Liverpool, Aly Cissokho untuk menghadapi saingan musim hadapan. Pertahanan kelahiran Perancis ini mula menyertai Lamphun Warriors sejak tahun 2021 yang lalu.

Featured Image: Liverpool FC

Komen