Perpindahan penyerang prolifik Borussia Dortmund, Erling Haaland ke Manchester City (Man City) akan diumumkan secara rasmi pada minggu ini, lapor The Athletic.
Laporan yang memetik sumber dari Jerman itu turut menyatakan penghijrahan penyerang berusia 21 tahun itu sudah mencapai kesepakatan atau “done deal”. Terma peribadi antara Haaland dan Man City telah dipersetujui pada minggu lalu.
🚨 Erling Haaland to Man City a done deal + confirmation expected this week, according to sources in Germany. Personal terms complete & Dortmund anticipate City informing them in coming days of intention to activate release clause @TheAthleticUK #MCFC #BVB https://t.co/tx8kUxjLkF
— David Ornstein (@David_Ornstein) May 9, 2022
Untuk makluman semua, Haaland masih mempunyai baki kontrak bersama Dortmund sehingga Jun 2024. Man City perlu membayar klausa pelepasan terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan khidmat Haaland pada musim hadapan.
Sebagai rekod, Haaland mula menyertai Dortmund pada tahun 2020. Bersama pasukan berpangkalan di Westfalenstadion itu Haaland telah melakukan 88 penampilan dan menjaringkan 85 gol serta mencipta 23 “assist”.
Featured Image: Borussia Dortmund