Paul Pogba Pilih Tidak Sertai Kelab ‘Rival’ Setempat Manchester City
May 9, 2022 Hafizuddin Omar

Pemain tengah Perancis, Paul Pogba yang akan tamat kontraknya bersama Manchester United pada musim panas ini memilih untuk tidak menyertai kelab seteru setempat iaitu Manchester City.

Perkara tersebut didedahkan oleh The Athletic dimana pemain berusia 29 tahun itu telah menerima tawaran daripada juara Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak lima kali itu. Namun begitu, wakil kepada Pogba telah memberitahu kepada Manchester City, Pogba mahu meneruskan kariernya bersama kelab lain.

Dipetik daripada laporan yang sama, antara hala tujunya selepas daripada ini adalah Juventus, Paris Saint-Germain (PSG) dan Real Madrid. Buat masa ini, tiada sebarang keputusan akhir telah dibuat oleh Pogba.

Minggu lalu, terdapat laporan skuad The Cityzen bimbingan Pep Guardiola mempertimbangkan untuk menandatangani Pogba yang bakal bergelar ejen bebas dalam masa beberapa minggu lagi. 

Pogba menjadi calon Guardiola untuk memperkuatkan Manchester City bagi menggantikan Fernandinho yang mahu meninggalkan pasukan apabila tamatnya musim ini.

Featured Image: Manchester United

Komen