Artikel

Mane Tidak Berada Dalam Perancangan Gergasi Jerman, Bayern Munich

Khidmat penyerang skuad kebangsaan Senegal, Sadio Mane dimahukan oleh kelab gergasi Jerman, Bayern Munich sepertimana dilaporkan media berpangkalan di eropah, sejak malam tadi.

Pengarah Sukan Bayern Munich, Hassan Salihamidzic mahukan khidmat penyerang Liverpool itu dan akan mendatangkannya pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Dimaklumkan Salihamidzic telah bertemu dengan ejen kepada Mane di Mallorca baru-baru ini dan Mane menjadi salah satu topik yang dibincangkan. 

Untuk makluman semua, kontrak Mane bakal tamat pada Jun 2023 – berbaki setahun sahaja lagi – namun perbincangan untuk melanjutkan kontrak pemain tersebut bersama Liverpool berada dalam fasa yang sukar.

Akan tetapi jurnalis yang berpangkalan di Munich, Christian Falk menyatakan berita berkenaan tidak benar serta tiada usaha daripada Bayern untuk mendatangkan Mane. 

Malahan, pemain berusia 30 tahun itu tidak menjadi topik perbincangan dalam pertemuan antara Pengarah Sukan Bayern Munich bersama ejen kepada Mane itu.

Untuk rekod, telah menyarung jersi skuad The Reds sejak tahun 2016 dan tampil sebanyak 265 kali, menjaringkan 118 gol serta mencipta 47 “assist”.

Featured Image: Liverpool FC

komen