10 Pembeli Kereta di myTukar Berpeluang Menang Tiket Liverpool vs Man Utd di Bangkok
May 11, 2022 Hafizuddin Omar

Platform jual beli kereta terpakai Malaysia, myTukar menawarkan hadiah berupa 10 pasang tiket untuk menonton perlawanan antara Liverpool dan Manchester United di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Julai nanti kepada pembeli kereta di platformnya.

Peluang untuk memenangi tiket yang bernilai 1528 dolar Amerika (RM6695.70) itu terbuka kepada sesiapa yang pembelian kereta di platformnya bermula 9 Mei hingga 19 Jun hadapan. Perjalanan ke Bangkok yang merangkumi penerbangan dan penginapan selama 3 hari 2 malam untuk dua orang turut ditaja buat pemenang tiket ini.

Sebagai tambahan, pembeli kereta dalam tempoh promosi ini akan menerima filem lapisan tingkap jenama Raytech Tint secara percuma dan kupon bernilai RM1900 daripada Shopee (sedan dan SUV sahaja). 

Tawaran ini hadir selepas syarikat induk myTukar, CARRO muncul menjadi penaja utama di rantau ini serta diangkat menjadi rakan kongsi perlawanan rasmi untuk saingan pramusim, Bangkok Century Cup 2022 (Liverpool vs Manchester United, 12 Julai) dan Standard Chartered Singapore Trophy 2022 (Liverpool lawan Crystal Palace, 15 Julai).

Sementara itu, bermula hari ini, peminat bola sepak boleh membuat pra-pendaftaran untuk membeli tiket prajualan di https://promo.mytukar.com/presale/. Peminat yang telah mendaftar akan menerima pautan rasmi melalui e-mel untuk membeli pas mereka mulai 10 Mei 2022 pada jam 10 pagi berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Komen