Kejohanan badminton berpasukan wanita, Piala Uber 2022 menyaksikan pemain No.1 dunia dari Jepun, Akane Yamaguchi dikejutkan oleh pemain remaja Indonesia yang berusia 18 tahun, Bilqis Prasista.
Kejutan itu tercatat ketika Jepun bertemu Indonesia dalam perlawanan akhir peringkat Kumpulan A, sebentar tadi. Lebih mengejutkan, Akane tumpas kepada Bilqis pada pertarungan pertama secara “straight set” dengan skor 19-21 dan 19-21 dalam tempoh sekitar setengah jam permainan.
Wow. Sensational❗Indonesia 🇮🇩 you have new ⭐
World No.3️⃣3️⃣3️⃣ Bilqis Prasista with the win over world No.1️⃣ Akane Yamaguchi 🇯🇵.
Follow live action: https://t.co/TjoFnUmqf9#ThomasUberCups #Bangkok2022 pic.twitter.com/VXsey72rVa
— BWF (@bwfmedia) May 11, 2022
Sungguhpun kemenangan ini membolehkan Indonesia mendahului 1-0 buat seketika sebelum Jepun bangkit mencipta kemenangan pada empat perlawanan seterusnya menerusi Nami Matsuyama-Chiharu Shida, Sayaka Takahashi, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dan Riko Gunji.
Namun begitu, kemenangan yang diraih oleh Bilqis yang berada di ranking ke-333 dunia ini menyebabkan Jepun tidak dapat merekodkan kemenangan bersih 5-0 ke atas pasukan Indonesia yang dibarisi oleh rata-rata pemain pelapis dan muda.
Untuk makluman semua, kejayaan menumpaskan pemain No.1 dunia ini merupakan yang terhebat pernah direkodkan dalam kariernya setakat ini. Sebelum ini Bilqis yang banyak beraksi dalam saingan remaja hanya berentap dengan rata-rata pemain yang berada di ranking setaraf dengannya sahaja.
Tahun lalu, Bilqis berhasil merangkul kejuaraan pertama di pentas antarabangsa dengan memenangi saingan Siri Antarabangsa Bangladesh Remaja selepas menumpaskan rakan senegaranya, Ruzana.
Featured Image: Badminton Indonesia