Skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) meneruskan rentak kemenangan pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan B dalam temasya Sukan SEA 2021, sebentar tadi.
Selepas menumpaskan Thailand B-23 pada perlawanan pertama, Malaysia yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Australia, Brad Maloney mengalahkan pula pasukan Laos B-23.
Dalam perlawanan tersebut, Malaysia meraih kemenangan 3-1 hasil jaringan berganda daripada Luqman Hakim Shamsudin pada minit ke-36 dan minit ke-67 serta satu jaringan oleh Syahir Bashah pada minit ke-43.
Keputusan Masa Penuh
Sukan SEA 2021 | Rabu, 11 Mei 2022
MALAYSIA 🇲🇾 3-1 🇱🇦 LAOS
⚽️ Luqman Hakim Shamsudin 36’ 67’ Syahir Bashah 43’
⚽️ Visith Bounpaserth 85’#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 11, 2022
Pasukan lawan berhasil menjaringkan satu gol saguhati menerusi Visith pada minit ke-85.
Kemenangan ini memberikan tiga mata yang kedua buat Malaysia sekaligus mengumpul enam mata daripada dua perlawanan. Enam mata ini membolehkan Malaysia melonjakkan diri mendahului saingan Kumpulan B.
Mengekori rapat di tangga kedua adalah skuad negara seberang tambak, Singapura dengan empat mata. Manakala, Thailand pula di tangga ketiga berkongsi tiga mata bersama-sama Kemboja namun berkelebihan dari segi jumlah jaringan gol.
Untuk perlawanan seterusnya, Malaysia akan berhadapan dengan Singapura pada 14 Mei kelak.
Featured Image: Football Association of Malaysia