Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mencatatkan satu lagi kemenangan ke atas bekas pemain No.1 dunia, Kento Momota pada tahun ini.
Kemenangan itu diraih oleh Zii Jia ketika turun pada perlawanan pertama mewakili Malaysia menentang Jepun dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D, kejohanan Piala Thomas 2022, sebentar tadi.
Lebih manis, Zii Jia menampilkan persembahan yang begitu cemerlang pada malam ini berhasil menumpaskan Momota secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-8 dalam temoh masa 46 minit permainan.
TotalEnergies BWF Thomas and Uber Cup Finals 2022
21 21 🇲🇾Zii Jia LEE🏅
17 8 🇯🇵Kento MOMOTA🕗 in 46 minutes
https://t.co/Rjq1PjAG9H— BWFScore (@BWFScore) May 11, 2022
Untuk rekod, ini merupakan kemenangan kedua-dua berturut dicatatkan oleh Zii Jia ketika menentang Momota pada tahun ini. Kemenangan pertama diraih Zii Jia ke atas Momota adalah ketika turun berentap di peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2022, pada Mac lalu.
Bagaimanapun, secara keseluruhan Momota masih lagi mengungguli rekod pertemuan menentang Zii Jia. Daripada 12 pertarungan secara keseluruhan, lapan kemenangan memihak kepada Momota sementara empat sahaja dimenangi oleh Zii Jia setakat ini.
Sementara itu, untuk pertarungan antara Malaysia menentang Jepun akan diteruskan dengan pertembungan antara beregu Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin menentang Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi.
Featured Image: Badminton Association of Thailand