Artikel

Piala Thomas: Sze Fei-Izzuddin Tumbangkan Juara Dunia 2021, Hoki-Kobayashi

Pasangan beregu lelaki negara yang menghuni ranking ke-13 dunia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin mencipta kejutan pada pertarungan kedua menentang Jepun peringkat Kumpulan D dalam kejohanan Piala Thomas 2022.

Kejutan yang dicipta itu adalah menumpaskan pasangan beregu yang menjuarai Kejohanan Dunia BWF 2021, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi yang juga merupakan beregu No.4 dunia.

Lebih menggembirakan, Sze Fei-Izzuddin meraih kemenangan ke atas beregu tersebut secara “straight set” dengan pungutan mata 21-19 dan 21-18 dalam tempoh masa 46 minit permainan.

Untuk makluman semua, ini juga pertemuan sulung yang dimenangi oleh Sze Fei-Izzuddin menentang Hoki-Kobayashi. Sebelum ini, mereka pernah berentap sebanyak dua kali namun kedua-duanya dimenangi oleh Hoki-Kobayashi.

Dengan kemenangan ini, Malaysia berhasil mendahului 2-0 ke atas Jepun. Perlawanan seterusnya, perseorangan senior negara, Liew Daren akan turun menentang Kanta Tsuneyama.

komen