SEAGF Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah Sukan SEA 2027
May 12, 2022 Hafizuddin Omar

Selepas menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA 2017, Malaysia sekali lagi dipilih untuk menganjurkan temasya dwitahunan ini pada tahun 2027 kelak.

Ini selepas Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) yang mengadakan mesyuarat pada hari ini mengumumkan menganugerahkan hos penganjuran Sukan SEA Ke-34  kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Dalam mesyuarat tersebut, MOM diwakili oleh Tan Sri Dato’ Sri Mohammad Norza Zakaria (presiden), Dato’ Mohd Nazifuddin (setiausaha agung) dan Dato’ Paduka Nur Azmi Ahmad (timbalan presiden dan chef de mission).

Pihak MOM akan membuat perjumpaan untuk memaklumkan perkara ini kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia & Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu secara rasmi apabila pulang ke Malaysia kelak.

Sebagai tambahan, temasya Sukan SEA Ke-32 yang akan berlangsung pada tahun 2023 kelak akan dihoskan oleh Kemboja. Manakala Sukan SEA Ke-33 pula akan dihoskan oleh Thailand pada tahun 2025.

Komen