Decathlon Lancar “Flagship Store” di KL City Centre – Turut Mempunyai Restoran Makanan Sihat
May 12, 2022 Hafizuddin Omar

Gedung yang menjual pelbagai barangan sukan berpangkalan di Perancis, Decathlon bakal membuka cawangan baharunya di Kuala Lumpur City Centre (KL City Centre) bermula 14 Mei 2022 (Sabtu) nanti.

Cawangan baharu yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ini diklasifikasikannya sebagai “flagship store” – pertama di Malaysia dan sejarah Decathlon – dengan menawarkan konsep baharu berbanding cawangan-cawangannya yang lain di dalam negara sebelum ini.

Bertempat di tingkat satu Shoppe @ Four Seasons, Decathlon KL City Centre ini bukan sahaja menjual pelbagai produk untuk pelbagai jenis sukan bahkan turut disertakan dengan studio, bilik rawatan restoran yang membolehkan pelanggan mencuba, membeli, melakukan aktiviti riadah atau bersukan di bawah satu bumbung yang sama.

Berikut adalah tawaran-tawaran baharu buat pelanggan yang diketengahkan oleh Decathlon KL City Centre:

#1 Dua Buah Decastudio oleh Manic Studio by Evomania

Decathlon bekerjasama dengan Manic Studio by Evomania membuka dua ruangan studio dimana salah satunya adalah Manic Studio (Decastudio 1) dan Indoor Spinning Class (Decastudio 2). 

Untuk Decastudio 1, pelanggan boleh menyertai aktiviti yang memfokuskan kepada “stregth & conditioning training” seperti “metcon workout”, HIIT, tarian Bollywood dan tarian jiu jitsu Brazil yang turut disertakan dengan tenaga pengajar.

Bagi Decastudio 2 pula, pelanggan boleh menyertai sesi berbasikal “indoor” secara berkumpulan. Sesi ini juga akan dibimbing oleh pengajar dan ianya tiga mod tunggangan yang merangkumi “beginner”, “intermediate” dan “advanced”.

#2 Hot Yo Studio

Untuk Decastudio 3 pula, Decathlon bekerjasama dengan Hot Yo Studio untuk menyediakan sebuah studio khusus untuk aktiviti yoga bersama-sama tenaga pengajar. Berdasarkan perkongsian oleh Hot Yo, terdapat beberapa sesi berbayar yang boleh disertai dan diikuti oleh para pelanggan. 

#3 Medical Room oleh Physiowerkz

Tawaran lain yang turut disertakan di “flagship store” milik Decathlon ini adalah dua bilik rawatan hasil daripada kerjasamanya dengan Physiowerkz. Di sini, pelanggan boleh datang dan menerima rawatan fisioterapi yang berkaitan mengikut keperluan setiap individu. Dimaklumkan, rawatan di sini memfokuskan kepada menjejaki “root cause” sakit yang dialami oleh setiap individu.

#4 Kemudahan Tandas, Blik Mandi dan Persalinan

Sudah mesti apabila anda melakukan pelbagai aktiviti seperti bersenam, mengayuh basikal atau melakukan senaman yoga di studio milik, badan akan berpeluh dan berbau. Oleh demikian, cawangan Decathlon KL City Centre ini turut menyediakan kemudahan tandas, bilik mandi dan persalinan agar para pelanggan boleh membersihkan tubuh badan dan menyegarkan diri terlebih dahulu sebelum keluar dan pulang.  

#5 Restoran Makanan Sihat oleh Agrain

Akhir sekali, Decathlon melengkapkan cawangan “flagship store” miliknya dengan menawarkan restoran berasaskan makanan sihat hasil kerjasamanya dengan Agrain. Entiti ini memfokuskan kepada pilihan makanan sihat yang sedap, mampu milik dan mudah. Semua makanannya disediakan secara “oven-baked” sahaja dan bahan-bahannya diambil daripada kebun-kebun tempatan di dalam negara.

Komen