Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin terpaksa akur tumpas buat kali keenam di tangan pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty di pentas kejohanan antarabangsa.
Terbaru, Sze Fei-Izzuddin tumpas kepada beregu No.8 dunia ini pada pertarungan kedua antara Malaysia dan India di peringkat suku akhir Piala Thomas 2022, sebentar tadi.
Dalam perlawanan tersebut, beregu negara yang menghuni ranking ke-13 dunia ini tumpas “straight set” dengan skor 19-21 dan 15-21 dalam tempoh masa 41 minit permainan.
TotalEnergies BWF Thomas and Uber Cup Finals 2022
🇮🇳Satwiksairaj RANKIREDDY🏅
21 21 🇮🇳Chirag SHETTY🏅
19 15 🇲🇾Sze Fei GOH
🇲🇾Nur IZZUDDIN🕗 in 41 minutes
https://t.co/JDItgTocZC— BWFScore (@BWFScore) May 12, 2022
Kekalahan ini membolehkan India meraih mata yang pertama dalam perlawanan ini sekaligus mengikat Malaysia dengan kedudukan 1-1 pada saat ini.
Sebagai rekod, dalam tujuh pertemuan secara keseluruhan, gandingan Sze Fei-Izzuddin hanya meraih satu kemenangan sahaja ke atas Satwiksairaj-Chirag. Ianya direkodkan ketika beraksi di kejohanan Terbuka Denmark 2021 yang lalu.
Sementara itu, di pertarungan ketiga, perseorangan negara yang menghuni ranking ke-46 dunia, Ng Tze Yong turun berentap dengan pemain No.11 dunia, Kidambi Srikanth.