Selepas diturunkan buat pertama kali dalam saingan akhir peringkat kumpulan Piala Thomas 2022 semalam, skuad Malaysia sekali lagi mempertaruhkan “scratch pair” Aaron Chia dan Teo Ee Yi selaku beregu kedua ketika menentang India, hari ini.
Aaron-Ee Yi diturunkan sebagai wakil keempat negara untuk berhadapan dengan beregu yang berada di ranking ke-45 dunia, Krishna Prasad Garaga-Vishnuvardhan Goud Panjala. Mereka turun dengan misi untuk menyekat India daripada merangkul satu lagi mata agar dapat menamatkan perlawanan dengan keputusan 3-1 ke atas Malaysia.
Dan misi tersebut berjaya disempurnakan oleh Aaron-Ee Yi apabila berjaya menumpaskan pasangan tersebut secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-17 dalam tempoh masa 37 minit permainan.
TotalEnergies BWF Thomas and Uber Cup Finals 2022
🇲🇾Aaron CHIA🏅
21 21 🇲🇾Ee Yi TEO🏅
19 17 🇮🇳Krishna Prasad GARAGA
🇮🇳Vishnuvardhan Goud PANJALA🕗 in 37 minutes
https://t.co/S7FHbJdCRt— BWFScore (@BWFScore) May 12, 2022
Kemenangan oleh Aaron-Ee Yi ini sekaligus membolehkan Malaysia memungut mata yang kedua dan mengikat India dengan kedudukan 2-2 buat seketika waktu.
Sementara itu, pemenang bagi peringkat suku akhir yang akan mara ke pusingan separuh akhir perlu ditentukan menerusi pertarungan kelima yang melibatkan perseorangan ketiga masing-masing.
Skuad lelaki Malaysia mempertaruhkan pemain No.124 dunia, Leong Jun Hao manakala India pula meletakkan pemain No.23 dunia, Prannoy Haseena Sunil Kumar.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia