Piala Thomas: India Singkir Malaysia Di Peringkat Suku Akhir
May 13, 2022 Hafizuddin Omar

Skuad India menyingkirkan Malaysia di peringkat suku akhir kejohanan Piala Thomas 2022 setelah berjaya memenangi pertarungan kelima, sebentar tadi.

Pertarungan tersebut dimenangi oleh pemain perseorangannya, Prannoy Haseena Sunil Kumar yang berada di ranking ke-23 dunia mengatasi pemain negara, Leong Jun Hao.

Dalam perlawanan tersebut, Prannoy berhasil mencetak kemenangan ke atas Jun Hao secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-8 dalam tempoh 39 minit permainan.

Kemenangan tersebut membolehkan India menamatkan perlawanan menentang Malaysia dengan keputusan 3-2 sekaligus menempah tiket ke peringkat separuh akhir.

Terdahulu, skuad lelaki Malaysia berhasil meraih dua kemenangan menerusi perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan gandingan “scratch pair” Aaron Chia dan Teo Ee Yi.

Manakala India pula berhasil memungut dua kemenangan menerusi beregunya, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty serta pemain perseorangannya, Kidambi Sirikanth.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen