Artikel

TikTok Menjadi Platform Hiburan Rasmi Saingan EURO Wanita UEFA 2022

Platform perkongsian video pendek, TikTok diumumkan menjadi Rakan Rasmi kepada saingan bola sepak, EURO Wanita UEFA 2022 yang akan berlangsung bermula 6 hingga 31 Julai kelak.

Perkembangan ini menyaksikan TikTok diangkat menjadi Platform Hiburan Rasmi bagi saingan yang akan berlangsung di England, United Kingdom itu nanti.

Dengan kerjasama ini, komuniti TikTok dapat membabitkan diri secara kreatif dalam saingan bermula daripada menggunakan efek khas dan bunyi-bunyi inovatif kami dalam video mereka, menyertai TikTok LIVE dan pelbagai cabaran tanda pagar (hashtag).

Selain itu, akaun rasmi TikTok UEFA Women’s EURO 2022 pula akan menyajikan perkongsian kandungan-kandungan eksklusif  video belakang tabir, semasa dan video arkib.

Untuk makluman semua, jalinan kerjasama antara TikTok dan UEFA ini diteruskan susulan kejayaan kerjasama semasa saingan EURO 2020 pada tahun yang lalu. 

komen