Skuad lelaki India merakamkan kejutan dengan menumpaskan juara bertahan, Indonesia dengan keputusan 3-0 dalam perlawanan akhir untuk kejohanan berpasukan badminton lelaki, Piala Thomas 2022.
Kejuaraan itu diraih menerusi kemenangan yang disumbangkan oleh perseorangan pertama (MS1), Lakshya Sen, beregu pertama (MD1), Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dan perseorangan kedua (MS2), Srikanth Kidambi.
Incredible scenes in Bangkok. India 🇮🇳 have created history 🤩#ThomasUberCups #Bangkok2022 pic.twitter.com/2xgGQBabay
— BWF (@bwfmedia) May 15, 2022
Ketiga-tiga pemain ini meraih kemenangan ke atas lawan masing-masing, Anthony Sinisuka Ginting (8-21, 21-17 & 21-16), gandingan Mohammad Ahsan-Kevin Sanjaya Sukamuljo (21-18, 23-21 & 21-19) serta Jonatan Christie (21-15 & 23-21).
Kemenangan ini juga membolehkan India mencipta sejarah memenangi kejohanan buat julung kalinya dalam sejarah pembabitan mereka.
HISTORY SCRIPTED 🥺❤️
Pure show of grit and determination & India becomes the #ThomasCup champion for the 1️⃣st time in style, beating 14 times champions Indonesia 🇮🇩 3-0 in the finals 😎
It's coming home! 🫶🏻#TUC2022#ThomasCup2022#ThomasUberCups#IndiaontheRise#Badminton pic.twitter.com/GQ9pQmsSvP
— BAI Media (@BAI_Media) May 15, 2022
Mengimbau kembali perjalanan mereka sebelum meraih kejuaraan ini. India muncul naib juara Kumpulan C yang turut terdiri daripada pasukan Taiwan, Jerman dan Kanada.
Di peringkat suku akhir, India mara ke pentas separuh akhir dengan menumpaskan skuad Malaysia dengan keputusan 3-2. Manakala di peringkat separuh akhir, mereka mengejutkan pula pasukan Denmark juga skor yang sama, 3-2 sebelum mara ke final.