Skuad wanita negara terpaksa akur disingkirkan oleh pasukan tuan rumah, Vietnam seawal peringkat suku akhir dalam acara badminton berpasukan wanita dalam temasya Sukan SEA 2021.
Malaysia tersingkir selepas perseorangan wanita pertama (WS1), Siti Nurshuhaini, perseorangan wanita kedua (WS2), Siti Zulaikha serta perseorangan wanita ketiga (WS3), Ong Xin Yee kepada lawan masing-masing yang menyaksikan pasukan negara tumpas dengan keputusan 1-3 kepada Vietnam.
RESULTS: #SEAGames2021 QF (Women’s Team)
🇲🇾 1-2 🇻🇳
Yap Ling-Go Pei Kee def. Thi Phuong Hong Dinh-Thi Hoai Do 12-21 21-15 21-16#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/bzCosCeAog
— BAM (@BA_Malaysia) May 16, 2022
Dalam peralawan tersebut, Siti Nurshuhaini tumpas “straight set” kepada Nguyen Thuy Linh dengan skor 9-21 dan 8-21. Siti Zulaikha turut tewas “straight set” kepada Vu Thi Trang dengan pungutan mata 9-21 dan 7-21. Akhir sekali, Xin Yee pula tewas Vu Thi Anh Thu dengan skor 13-21 dan 15-21.
Hanya beregu pertama (WD1) yang menggandingkan Yap Ling bersama Go Pei Kee meraih kemenangan pada perlawanan ketiga dengan skor 21-12, 21-15 dan 21-16 dimana berhasil mengekang Vietnam daripada meraih kemenangan buat seketika.
Dengan kemenangan ini, skuad wanita Vietnam dapat menempah slot ke peringkat separuh akhir dan menanti mereka di sana adalah pasukan Indonesia yang mendapay “bye” di saingan suku akhir.’
Featured Image: Badminton Association of Malaysia