Pasangan beregu badminton lelaki No.3 negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin berhasil meningkatkan lagi kedudukan mereka dalam ranking dunia.
Kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan pemain berusia 24 tahun masing-masing ini meraih peningkatan satu anak tangga yang membolehkan mereka menghuni tangga ke-12, pada minggu ini.
Peningkatam ranking mereka sangat agresif dan ketara pada tahun ini dimana mereka bermula dengan ranking ke-17 pada Januari lalu. Kini mereka telah mencatatkan peningkatan lima anak tangga secara keseluruhan.
Prestasi yang ditampilkan oleh Sze Fei-Izzuddin turut memberangsangkan dimana mereka mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC), naib juara Terbuka Swiss serta juara Terbuka Jerman 2022.
Sebagai tambahan, kedudukan ini juga merupakan yang tertinggi pernah diraih oleh pasangan ini sejak bergandingan pada tahun 2016 lalu.
Sementara itu, tiada sebarang perubahan dikesan terhadap ranking beregu lelaki No.1 dan No.2 negara iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi. Mereka kekal di kedudukan keenam dan kesepuluh dunia pada minggu ke-20 ini.
Featured Image: Badminton Association of Thailand