Dua temasya Sukan SEA terdahulu menyaksikan dua pelumba negara, Khairul Hafiz Jantan dan Haiqal Hanafi memenangi pingat emas dalam acara pecut 100 meter (m) pada edisi 2017 dan 2019 masing-masing.
Hafiz memenangi larian tersebut di ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan catatan masa 10.37 saat sementara Haiqal pula menang ketika beraksi di Filipina dengan rekod masa 10.35 saat.
Bagaimanapun, Sukan SEA 2021 yang berlangsung di Vietnam pada ketika ini, tiada lagi kilauan emas terbutir daripada acara riben biru ini termasuk kilauan perak mahupun gangsa.
Hal ini selepas wakil tunggal negara, Muhammad Arsyad Md Saat, 20 tahun, menamatkan larian di tempat keenam pada larian pusingan akhir, petang tadi.
Untuk makluman semua, acara 100m lelaki bagi kategori lelaki pada kali ini dimenangi oleh pelari remaja Thailand, Puripol Boonson, 16 tahun yang menamatkan larian dengan catatan masa 10.44 saat.
Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, 18 tahun, tidak dapat mara ke pusingan akhir apabila dia disingkirkan selepas dikatakan melakukan “false start” ketika mengambil bahagian dalam pusingan saringan (Heat 1).
Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia