Sukan SEA: Thailand Kekal Mendahului, Beregu Ranking 196 Kejutkan Wei Chong-Kai Wun
May 18, 2022 Hafizuddin Omar

Skuad jiran tetangga, Thailand kekal mendahului Malaysia dengan skor 2-0 selepas memenangi pertarungan kedua dalam perlawanan akhir acara badminton berpasukan lelaki di temasya Sukan SEA 2021.

Skor itu digapai oleh Thailand setelah taruhan beregu pertamanya (MD1), Chaloempon Charoenkitamorn-Nanthakarn Yordphaisong yang berada di ranking ke-196 berhasil mengejutkan Man Wei Chong-Tee Kai Wun, sebentar tadi. 

Bertambah mengejutkan, Chaloempon-Nanthakarn menumpaskan beregu negara yang berada di ranking lebih tinggi daripada mereka, ranking ke-34 dunia, secara “straight set” dengan skor 20-22 dan 20-22.

Untuk makluman semua, kedua-dua beregu ini belum pernah berentap di dalam mana-mana kejohanan antarabangsa sebelum ini.

Pertembungan merebut pingat emas bagi acara ini belum tamat lagi. Pertarungan ketiga diteruskan dengan Malaysia mempertaruhkan Lee Shun Yang (ranking ke-276) dan Thailand, Khosit Phetpradab (ranking ke-45) sebagai perseorangan kedua (MS2) masing-masing.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen