Pasukan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan kilauan pingat perak dalam acara badminton berpasukan lelaki di temasya Sukan SEA 2021.
Ianya setelah perseorangan kedua (MS2), Lee Shun Yang (ranking ke-276) tumpas pada perlawanan ketiga di tangan pemain yang menghuni ranking lebih tinggi daripadanya, ranking ke-45, Khosit Phetpradab.
Dalam perlawanan yang berlangsung dengan cukup sengit tersebut, Shun Yang tumpas dengan skor 21-16, 13-21 dan 19-21.
Kekalahan itu membolehkan Thailand memungut mata ketiga berturut-turut sekaligus menumpaskan Malaysia dengan skor 3-0 untuk merangkul pingat emas dalam acara ini.
Sebelum itu, Thailand berhasil merekodkan kemenangan pada pertarungan pertama dan kedua menerusi perseorangannya, Kunlavut Vitidsarn dan beregunya, Chaloempon Charoenkitamorn-Nanthakarn Yordphaisong.
Kedua-dua wakil Thailand itu menang ke atas Jacky Kok Jing Hong dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun masing-masing.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia